Kelas Kesedaran Pengenalan Esukan Daripada Hobi Kepada Program Kompetitif Berstruktur
10 Januari 2026 | Aktiviti TerkiniPada 09 Januari 2026, dua orang peserta telah menyertai di NADI Sungai Bandung untuk menonton kelas kesedaran di LMS E-Sukan. Sesi ini memberi pendedahan mengenai pengenalan e-sukan, definisi e-sukan, serta salah faham yang sering timbul mengenai aktiviti ini.
Peserta diperkenalkan kepada e-sukan sebagai satu bentuk sukan elektronik yang melibatkan permainan video secara kompetitif, sama ada secara individu atau berkumpulan. E-sukan bukan sekadar hobi, tetapi telah berkembang menjadi satu bidang yang teratur dengan peraturan yang jelas dan format pertandingan yang tersusun.
Selain itu, peserta didedahkan kepada definisi e-sukan yang sebenar, termasuk aktiviti latihan, penyertaan kejohanan, dan pembangunan kemahiran strategik serta kerja berpasukan. Sesi ini juga menekankan salah faham yang sering timbul, antaranya e-sukan hanya bermain permainan untuk hiburan semata-mata, kurang memerlukan disiplin, atau tidak memberi manfaat. Peserta dapat memahami bahawa e-sukan memerlukan latihan berterusan, disiplin, perancangan strategi, serta kemampuan membuat keputusan dengan cepat dan tepat.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: